Social Icons

Pages

Wednesday, January 18, 2017

KANTOI !!! #MUHYIDDINYASSIN TERSEPIT ANTARA RAJA DAN DEWA POLITIKNYA !!!


Politik bukan "exact sciene",tetapi individu yang menceburi politik seharusnya tetap pendiriannya.Satu waktu dahulu Muhyiddin ada beri kenyataan bahawa dirinya adalah Melayu dahulu Malaysia nombor dua “I am Malay first” katanya kepada sebuah portal pro pembangkang dalam satu wawancara sekitar tahun 2010.Maka ciri ciri Melayu itu istimewa,antaranya dia memiliki Raja,tidak menderhaka dan menganut agama Islam.Jika ada Melayu yang bukan beragama Islam berkemungkinan dia sudah murtad atau keluar dari agama Islam,kerana kajian mendapati Melayu itu pakejnya lengkap,beragama Islam,beraja dan beradab.Sejak kebelakangan ini banyak berlaku politik songsang akibat ada individu melawan arus dan berlaku songsang kerana kepentingan peribadinya. 

Apa yang dia pernah ludah kini semua dia jilat kembali,walau pun dia mengelarkan penyokong lawannya sebagai pemakan “dedak” tetapi kedudukannya lebih hina kerana dia menelan “kahak” nya sendiri yang dia pernah keluarkan.Kini politik negara menjadi lebih parah apabila si songsang pelawan arus telah bergeser dengan Sultan Johor.Atas sebab kedudukannya agak istimewa dan tahu dia tidak akan diseret ke mahkamah, maka beranilah dia menempelak pandangan seorang Sultan pemerintah negeri Johor.Apa yang dilakukannya tidaklah menghairankan,ketika dia mendapat kuasa dari ahli UMNO,dengan kuasa itu dia pernah menyeret semua Sultan ke lembah politik ketika peristiwa bersejarah krisis kuasa bersama Raja Raja Melayu.Bukan sahaja Raja Raja Melayu,bahkan kehakiman,ahli agamawan juga pernah dimusuhi menggunakan lesen Presiden UMNO.Orang UMNO bersilat bertaichi mempertahankannya kerana dia Presiden UMNO,namun akhirnya dia menjadi pengkhianat dan petualang “memakan” semula UMNO dan ahlinya.

Terkini,dia menempelak Sultan Johor secara terbuka di hadapan rakyat Johor khasnya dan rakyat Melayu amnya.Dia memilih gelanggang terbuka untuk seluruh rakyat pertonton kerana ada muslihat politiknya dan juga agenda politik meyakinkan kaum bukan Melayu supaya lebih mempercayainya.Apa pun itu kisah dia,biarkan ketepi dulu.Apa yang menjadi persoalan dan pertanyaan adalah rakyat ingin tahu apa pendirian Muhyiddin Yassin terhadap pergeseran antara Sultan dan Mahathir ??? Adakah kedudukannya seperti pepatah bahasa Inggeris - "stuck between a rock and a hard place ???” atau dalam bahasa Melayu "di telan mati emak di luah mati bapak ???"  Ramai tertunggu apa pendirian Muhyiddin,kerana dia berasal dari Johor.Rata rata orang Johor amat menyayangi Sultannya.Muhyiddin tidak boleh “play safe” lagi, dalam politik tidak boleh Play Safe.Lain lah jika ini kes Nika Gee di mana Muhyiddin boleh pilih untuk berdiam diri dan berharap isu melayan bini orang ini belayar pergi,  Ini kes maruah dan pendirian. Jika mahu menjadi pemimpin, Muhyiddin mesti berani bertindak dan paling utama “make a stand”

Datuk Seri Najib telah membuktikan dia berani bertindak.Walau diejek kononnya berbibir merah,jalan terkepit dan penakut,tetapi Datuk Seri Najib bertindak membuat keputusan berani.Antaranya membuang 3 orang kuat UMNO yang bakal menjadi lawannya sekaligus termasuklah Muhyiddin.Lebih berani lagi untuk melawan Tun Mahathir dari menyerah institusi Presiden kepada Mahathir dan kroninya.dan begitu juga dengan melaksanakan GST,di mana telah pun ada di pengetahuan Tun Mahathir tetapi,Tun Mahathir tiada “political will” untuk melaksanakannya, tambah lagi dengan bagasi memiliki kroni dan proksi yang berniaga yang bakal kena tempias GST. Itulah keberanian Datuk Seri Najib yang sangat jelas untuk dipaparkan.Maka kini giliran TS Muhyiddin pula.Inilah masa untuk tunjuk kejantanan jika ada pada diri Muhyiddin.Antara dua, pilihlah menyokong siapa,Sultan tanah tumpah darah atau Dewa politik yang menjadi sembahan Muhyiddin. Tidak membuat keputusan dan berharap isu berlaku begitu sahaja boleh lah di anggap “traitor” kepada rakyat Johor dan Sultan mereka. 

Ibarat pepatah Inggeris – "No decision is bad decision, late decision is bad decision" maka segeralah “make a stand” rakyat Johor mahu kenal siapa ini Muhyiddin yang sebenar di kala saat kritikal seperti ini.Datuk Seri Najib yang dihina yang diperlekeh oleh Muhyiddin bersama Tun Mahathir telah terbukti amat berani membuat keputusan memilih setia kepada UMNO dari memilih setia kepada Tun Mahathir.Dan semenjak itu Datuk Seri Najib di serang kiri dan kanan atas dan bawah,tetapi jelas dia tidak berundur.Malah di hadapan petualang dan musuhnya dia melaung  “No retreat No Surrender” katanya saksikan oleh orang UMNO seluruh rakyat.Sama ada Datuk Seri Najib telah membuat keputusan betul atau salah itu bergantung kepada orang yang suka atau benci kepadanya,yang nyata Najib telah membuat pendirian dan keputusan,itu anak jantan Tun Razak.Sekarang,anak jantan arwah Haji Yassin pula harus membuat pendirian jantan,sama ada bersama Sultan atau bersama Dewa politik.Tidak membuat keputusan dan pendirian  ada lah automatik dikira bacul dan utama kan “play safe” iaitu pendirian orang tidak bermaruah.Rakyat Johor yang sejati tahu keutamaan mereka dan telah memilih Sultan mereka,kamu bagai mana Muhyiddin ???? (artikel ini di tulis ketika masih belum ada respon dari Muhyiddin Yassin berkenaan pendirian dia sebagai rakyat Johor)

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates