Social Icons

Pages

Saturday, November 12, 2016

KANTOI !!! KONVENSYEN TAHUNAN #DAP HAMBAR !!!!


Konvensyen tahunan DAP pada 6 November lalu di Pulau Pinang diadakan ketika Setiausaha Agungnya,Lim Guan Eng dihimpit dengan tuduhan rasuah di mahkamah.Ternyata kes rasuah yang dihadapi oleh Guan Eng itu menjadi cabaran terbesar kepada parti berkenaan,sepanjang penubuhannya.Keadaan ini dapat disaksikan dengan jumlah kehadiran ahlinya yang tidak ramai pada konvensyen berkenaan.Hanya 31% yang hadir.Sekali gus menjadikan ia sebagai hambar sedangkan sebelum ini ahli-ahli DAP senantiasa menunjukkan komitmen yang tinggi kepada parti mereka.Paling ketara ialah ketika acara penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli veteran DAP dengan lebih separuh perwakilan memilih meninggalkan dewan persidangan walaupun Penasihat DAP,Lim Kit Siang sedang mene­rima anugerah yang disampaikan anaknya,Guan Eng. 

Berdasarkan laporan media,pada sesi pagi hanya 328 daripada 1,027 perwakilan hadir dengan sebahagian besar mereka terdiri daripada ahli-ahli veteran sedangkan purata ahli yang hadir pada konvensyen sebelum ini adalah antara 600 ke 700 orang.Jumlah berkenaan adalah pada konvensyen biasa,tetapi jika ada pemilihan,ia akan meningkat hingga hampir 1,000 orang.Apakah tandanya ini ??? Ia jelas menunjukkan bahawa bahawa kepimpinan Guan Eng mula ditolak oleh ahli-ahli DAP secara halus selama ini dan konvensyen berkenaan telah memberikan gambaran jelas mengenai penolakan terbabit.Selepas Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran,penolakan itu makin ketara apatah lagi beliau dikatakan lebih mementingkan kehendak peribadinya. 

Lebih buruk lagi bila adik Guan Eng dilantik sebaga ketua urusetia pemilihan DAP.Selain itu,tindakan Guan Eng yang menuding jadi kepada pihak lain dalam isu melibatkan rakyat terutama banjir telah menyebabkan ada pemimpin negeri di Pulau Pinang yang sudah bosan dengannya.Malah tindakan perwakilan Taman Chai Leng,Shamser Singh Thind yang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, yang menyamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti bapa ayam dan ular serta lebih merbahaya daripada Datuk Seri Najib Tun Razak juga dikatakan menyebabkan Guan Eng kecewa Shamser ketika berucap dalam konvensyen itu juga mahu DAP menjarakkan diri dan memaklumkan bahawa majoriti ahli DAP bersama dengannya menolak Dr Mahathir dan parti yang diasaskannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Memetik penjelasan Guan Eng mengenai kerjasama dengan PPBM,Shamsher berkata: ``Jawapan paling bodoh pernah saya dengar dalam mempertahankan sokongan terhadap Dr Mahathir adalah ‘Musuh kepada musuh saya adalah kawan saya''.Ternyata pendirian Shamser itu bertentangan dengan Guan Eng yang sebelum ini sedia bekerjasama dengan Mahathir dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.Keadaan ini pastinya memberikan tamparan besar kepada Guan Eng,apatah lagi kes rasuahnya itu telah menjejaskan imej parti dengan teruk. Dan mungkin atas sebab itu, beliau telah mencadangkan nama Pe­nge­rusi DAP negeri,Chow Kon Yeow sebagai pengganti­nya jika terbukti beliau bersalah dalam kes rasuah yang dihadapinya ketika ini. Kepala Guan Eng kini sudah dilanda banjir. Masalah rasuah diri sendiri belum selesai,ahli DAP ramai yang lari dan dalam masa yang sama banjir melanda Pulau Pinang.Guan Eng mana mau lari ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates