Social Icons

Pages

Thursday, July 21, 2016

#1MDB @1MDB !!! APA ITU #MALAYSIAOFFICIAL1 ??? WAJIB BACA !!!


apa erti sebenar malaysia official 1.nampaknya ada yang keliru pasal malaysia official 1 ni.di bawah adalah maksud sebenar malaysia official 1.tolong teliti betul-betul dan fahamkan maksud di bawah

1. Sejak pagi tadi disebarkan sebahagian “printscreent” menunjukkan Perdana Menteri dimasukkan sebagai antara individu dalam kertas saman oleh Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat (DOJ) dengan rujukan sebagai ‘Malaysian Official 1’.Mereka menyebarkan keratan tersebut dengan petikan, “‘Malaysian Official 1’ merupakan antara penjawat awam yang juga dikatakan terlibat dalam skandal ini,walaupun namanya tidak disebut akan tetapi diterangkan bahawa Riza Aziz merupakan anak tiri kepada ‘Malaysian Official 1’.”


2. Memang jelas Malaysia Official 1 merujuk kepada Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.Apa yang tidak dijelaskan ialah terma Malaysian Official 1 tersebut disebut bersama 16 nama lain termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB),PetroSaudi International Ltd,1MDB Petrosaudi,Ltd,International Pteroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investment PJS (“Aabar”), Aabar Investment PJS Ltd (“Aabar BVI). 

3. Nama-nama ini diletak di bawah tajuk, “BACKGROUND: RELEVANT INDIVIDUAL AND ENTITIIES” dalam dokumen saman ke atas Jho Low dan Riza Aziz yang berjudul “Bombardier Jet complaint”

4. Sudah tentu Malaysia Official 1 perlu disebut kerana ia merupakan Pengerusi 1MDB dan Menteri Kewangan Malaysia yang mana 1MDB berada di bawah pengawasan beliau.Senarai nama individu dan entiti ini dimasukkan sebagai terma rujukan kerana mereka akan muncul dalam kronologi kertas saman yang difailkan,ia bukan bermakna semua yang disenaraikan tersebut bersalah.

5. Tujuan terma rujukan ini ialah memudah rujukan apabila watak-watak ini disebut dalam mana-mana bahagian dokumen tersebut.Bukalah mana-mana Perjanjian,Rang Undang-Undang atau Dokumen-Dokumen akademik,fahami kepentingan pendefinisian Inidividu,entiti dan terma yang dijelaskan secara panjang lebar pada awal dokumen dan kemudiannya akan disebut watak sahaja seperti “Landlord”, “buyer”, “bank” dan lain-lain. 

6. Ini perkara biasa dalam undang-undang, perjanjian dan juga pendakwaan. 

7. Justeru sangat lawak apabila menggunakan kemunculan watak Mohd Najib dalam senarai rujukan telah dituduh sebagai berkomplot dengan penggubahan wang haram.Jika penyenaraian watak Mohd Najib dianggap sebagai pensubahat bagaimana pula dengan Petrosaudi,IPIC, 1MDB yang turut diletakkan dalam senarai rujukan tersebut ??? adakah mereka juga pensubahat ???






APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Unknown said...

Nampaknya badut² sedang membuat aksi kelakar supaya rakyat boleh terhibur dengan persembahan mereka di Malaysia royal sarkas.

Anonymous said...

hanya sebut nama tapi tak disiasat dan tiada dakwaan. hanya pra matang akan terejakulasi sebaik mendengar berita sebegini dari mulut ke mulut, kah kah kah

Anonymous said...

Tak payah nak spin la....sudah terang lagi bersuluh..

 
 
Blogger Templates