Social Icons

Pages

Wednesday, November 25, 2015

PEMECATAN #HAMIDAHOSMAN GUSARKAN #TUNMAHATHIR ???


adakah benar ini semua berlaku ??? adakah PAU 2015 akan kucar kacir ??? Semalam kita dikejutkan dengan berita pemecatan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.Kita tahu bahawa beliau telah banyak melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin parti dan pendirian beliau mahu menyingkirkan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib bukan lagi rahsia.Cuma saya agak keliru memandangkan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan hala tuju perjuangan parti selain membincangkan langkah-langkah bagi mengukuhkan parti dan bukannya mengenai pemecatan 7 pemimpin utama parti yang dikaitkan dengan masalah disiplin.Mungkinkah Hamidah telah membuat gerakan rahsia yang boleh mengancam keselamatan parti dan negara sehingga memaksa pihak Majlis Tertinggi UMNO bertindak sedemikian. 

Kita tahu bahawa MT UMNO merupakan pihak yang tidak akan membuat keputusan melulu dan tanpa sebab.Tambahan pula mesyuarat MT yang berlangsung kira-kira sejam setengah itu banyak membincangkan mengenai persediaan parti mengadakan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur pada 8 hingga 12 Disember depan.Pengumuman Mesyuarat Majlis Tertinggi memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat daripada parti itu dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di bangunan sementara Parlimen.Demi memastikan perjalanan parti dalam semua aspek berjalan dengan lancar,kukuh dan terus mendapat keyakinan rakyat,semua golongan yakin Umno parti yang berdiri dalam keadilan dan prinsip serta amalan yang baik dalam parti maka keputusan telah dibuat untuk memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman kerana pelanggaran disiplin.Sebelum ini Hamidah dengan lantang dan angkuh mengatakan bahawa beliau tidak gentar dipecat daripada Umno ekoran desakkan beliau agar Perdana Menteri berundur.Walaupun beliau mengatakan yang prinsipnya mendahulukan parti berbanding pemimpin namun kita tahu bahawa sebenarnya beliau mempunyai kepentingan peribadi sebagaimana juga Tun Mahathir.

Hamidah turut menggunakan isu 1MDB sebagai alasan untuk mendesak Datuk Seri Najib berundur sedangkan pihak audit dan beberapa agensi yang lain telah mengesahkan bahawa tidak wujud sebarang penyelewengan dalam urus tadbir 1MDB.Segala berita negatif yang melanda 1MDB dari mula sehingga kini sekadar persepsi ciptaan pembangkang dan Tun Mahathir yang jelas mempunyai kepentingan peribadi.Selain daripada itu juga,Hamidah dikatakan membawa suara Mahathir ke mana-mana sahaja beliau pergi.Adakah pemecatan Hamidah dari UMNO telah mengurangkan “sengat” Tun Mahathir ??? Mungkinkah Tun Mahathir sedang gusar dan resah kini ??? Tambahan pula beberapa perancangan besar beliau untuk menyingkirkan PM telah gagal.Adakah Hamidah memainkan peranan utama untuk menghuru-harakan Perhimpunan Agung UMNO kali ini ??? Jika benar,maka Tun Mahathir mungkin terkena serangan jantung pula kali ini.Kita semua tahu bahawa Perdana Menteri kita merupakan seorang yang berhemah serta cukup tegas dalam kelembutan beliau mentadbir negara.Faktor-faktor tersebutlah yang membuatkan Tun Mahathir serta pembangkang terjerat dalam kerakusan kuasa mereka sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Unknown said...

Tkde apa nk direnungkan. Tunggu je le PRU14 nnt

Anonymous said...

UMNO tegang kerana debat bayangan dan persepsi. Kalau 1MDB dan 2.6 itu dianggap suci maka UMNO sekarang sudah tidak releven dikalangan pemerhati politik. Kalau seketariat PAU menolak perdebatan 1MDB dan 2.6 daripad berkumandang dalam dewan, UMNO akan dilihat tidak profesional dan terserah perwakilan UMNO luar negara yang dari kebanyakan pemimpin pelapis masa hadapan juga boleh sewenang mengumpul kekayaan dalam akaun tanpa rasa bersalah????
Kesimpulan adalah semua mata dan telinga akan menuggu maklum balas presiden. Hakikatnya pembangkang sudah pun bersedia modal besar dalam kempen PRU 14.

Anonymous said...

Sedih dengan pandangan penulis yg serba dangkal, setakat menulis untuk menegakkan benang basah juga untuk menyenangkan hati si pembayar upah. HIngga mendoakan TUn Mahathir diserang sakit jantung. Yang kami amati ialah PM paling cool ialah Tun Mahathir yang sentiasa rileks dan bertimbang rasa dalam mengambil tindakan hinggakan si Peliwat pun punya banyak tahun untuk berkuasa sebelum akhirnya terbuang daripada jawatan. Si Najib hanyalah berhemah ketika makan duit dan meragut segala kemewahan yang sememang jadi impian beliau selam memegang kuasa. Perkara yang paling ringkas untuk berterus terang dengan memperincikan kemasukan dana ke akaun peribadi suami isteri ini pun tak mampu dibuat segera. Macam mana orang macam ini boleh dianggap sebagai pemimpin bila mana diri sendiri tidak mampu untuk bertanggung jawab atas kejahatan yang telah dilakukan. MOhd Najib PM Malaysia yang paling low class, malah lebih teruk dari pemimpin belah Afrika sana.

Unknown said...

Penulis blog ini ada lah berminda kepundek kata orang asli temiang.Terlalu banyak makan upah haram dan duit haram dari kroni najib lanun.

 
 
Blogger Templates