Social Icons

Pages

Wednesday, April 15, 2015

BREAKING NEWS !!! KERJASAMA TERBARU #TUNMAHATHIR DAN #ANWARIBRAHIM DIRAHSIAKAN DARI RAKYAT MALAYSIA ???


sebelum saya teruskan cerita ini,sebagai rakyat malaysia saya hormat dengan Tun Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.tetapi saya nak buka persoalan dengan cerita di bawah.adakah benar atau saja nak sedapkan cerita ??? jom kita saksikan kisah yang rakyat malaysia tak tahu !!!

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke rumah bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim, (Pak Brahim) untuk menziarahi jenazah Pak Brahim tidak ramai diperkatakan orang.Mungkin orang menganggap pemergian itu biasa sahaja dan satu kebetulan.Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi alasan kedatangan Mahathir itu kerana bekas PM itu kenalan lama bapa mertuanya.Tidak ada keterangan lanjut dari itu.Apakah sebelum ini Mahathir ada menziarahi Pak Brahim atas hubungan disebut Wan Azizah itu? Di rumah Pak Brahim itu,Mahathir hanya berada sekejap sahaja,tetapi isterinya mengambil sedikit masa untuk berbicara dengan Wan Azizah.Apakah Siti Hasmah ada membawa mesej atau pesan tertentu daripada suaminya untuk suami Wan Azizah? Manakala Zahid pula sempat khatam surah Yassin untuk disedekahkan kepada roh Pak Brahim. 

Body language yang ditunjukkan Zahid menerusi foto yang diambil menampak akan ketidakselesaan menteri KDN itu.Kedatangan Mahathir dan Zahid lebih awal daripada ketibaan Anwar dari penjara Sungai Buloh.Mungkin sudah dirancang demikian rupa untuk tidak bertembung dan berlaku insiden dramatik. Mahathir sejak memecat Anwar pada 3 September 1998 tidak pernah bertemu dengan Anwar dari dekat.Mustahil kedua mereka tidak tahu jam berapa Anwar akan tiba di rumah bapanya. Setiap pergerakan Anwar sudah pasti dimaklumkan kepada pihak berkuasa khasnya menteri.Zahid selaku menteri KDN mesti mendapat maklumat jelas dari Sungai Buloh.Dan sudah pasti juga Zahid akan memberi tahu Mahathir.Ertinya mereka sengaja untuk tidak bertemu Anwar agar tidak menjadi bahan berita sensasi.Bagi saya kedatangan kedua mereka, terutamanya Mahathir dan isteri ada cerita yang tidak terungkap. Mahathir tidak sengaja datang sesuka hati begitu sahaja.Dia boleh mencari alasan untuk tidak menziarahi jenazah Pak Brahim.Dia boleh mengirimkan al Fatihah di angin lalu atau membuat belesungkawa dalam blog.Tetapi kenapa beliau hadir secara fizikal.Apa yang hendak dipamerkan? Apakah ada perkembangan terbaru dalam hubungan beliau dengan Anwar.Ada cerita baru yang hendak dibuka. 

Sejarah lama menyebut,Anwar pernah membantu Mahathir memperkukuhkan Umno.Apakah bantuan itu diperlukan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak? Dalam berhadapan dengan Najib,Mahathir nampak kesukaran sedikit sedangkan nafsunya membuak-buak.Anwar dan Mahathir ada maksud sama mengenai Najib.Jatuh dan singkirkan anak Tun Razak Hussein itu.Jangan kita berfikir Mahathir pernah menganiaya Awnar maka mereka tidak boleh kembali bersama.Kita kena terima dalam politik apa sahaja boleh berlaku.Tidak ada apa-apa yang mustahil dalam politik.Begitu juga dengan Zahidi,dia tidak sengaja datang kalau tidak membawa apa-apa motif. Atau beliau sudah tentu tahu akan ada persepsi dengan kehadiran itu. Zahid boleh beri alasan Pak Brahim adalah jiran setamannya dengannya.Kehadiran itu tidak penting baginya kerana ia boleh memusnahakan kepercayaan Najib kepadanya.Tetapi kenapa beliau hadir? Persoalan matemetik ini belum dijawab.Apakah dia sudah memaklumkan kepada Najib akan kehadiran itu.Report kepada Datin Seri Rosmah Mansor sepertimana dia memberi tahu Najib yang dia berjumpa dengan Anwar di luar negara? Atau pun bercakap dengan Anwar menggunakan perantaraan? Dalam melihat kedatangan Mahathir dan Zahid ke rumah bapa Anwar itu bagi saya ia ada cerita tersendiri. Kejadian itu bukan secara sengaja, tetapi disengajakan. Ketepatan sangkaan saya ini benar, apabila malam kelmarin seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Pakatan Rakyat membisik kepada saya; ada perundingan antara Mahathir dengan Anwar. Oh stop dulu. – msomelayu.blogspot.com

ANDA SAJA YANG BOLEH MENILAI CERITA DI ATAS SAMA ADA BENAR ATAU TIDAK !!!

SAYA TAK NAK TUDUH BUKAN-BUKAN !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

14 comments:

anakbangsa said...

teruk betul sangkaan buruk anda.bersangkabaik la saudara jgn soal menziarahi sesuatu kematian pun dijadikan bhn berburuk sangka.beristighfar lah saudara.lebih baik kita berbaik sangka dr sentiasa berperasangka kerana syaitan tersenyum simpul dgn plot cerita yg saudara tulis ni.

Unknown said...

bila tukang bakar supaya DSN panas cukup ramai......hati hati DSN....

Unknown said...

bila tukang bakar supaya DSN panas cukup ramai......hati hati DSN....

jgn jadi bodoh!!! said...

mcm ni pnya akai pun ada ka..hang dok ingat yg ramai2 keluar sokong AhjibGor tu ikhlas ke..kita tunggu n lihat..xpayah anwar@ lain2..klu nak jatuh Ahjibgor org Umno sendiri akan bangkit..tunggggguuuuu...

Anonymous said...

Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Dr. Zahid pun tak beri sebarang statement atau melapor kepada sesiapa dikalangan wartawan tentang niat mereka hadir melainkan atas urusan menziarah keluarga dan menghormati jenazah Allahyarham Pak Brahim.

Anonymous said...

bersangka baik tu kan lebih baik...orang islam melawat / menziarah kematian ahli keluarga orang lain..

aku melyu said...

kau orang jangan main2 kau orang persenda kan TUN...KAU ORANG PROVOK TUN DALAM BULETIN UTAMA.....KITA ORANG SEBAGAI RAKYAT BOLE PIKIR MANA BAIK MANA BURUK TAK PAYAH NAK PENGARUHI KITA ORANG DENGAN BENDA BODOH.,,kau orang yang komen hentam tun dalam tv tu kita orang dah baca mesti ada kepentingan tersediri.. konon nak bodek pm latu.KITA ORANG SEBAGAI RAKYAT DAH BOLE AGAK KITA TAK BODOH LA....kita orang nak bagi tau dkat kalian pembodek PM....RAKYAT SEMUA BERSATU DIBELAKANG TUN MAHATIR...TUN TELAH TERBUKTI KEPIMPINANNYA,,TERBUKTI STRATEGINYA DAN TERNYATA TUN SEORANG YANG BERWIBAWA,,,,TUN BARU KRITIK SIKIT JE KORANG DH MEROYAN.....jangan sampai jawatan PRESIDEN UMNO DICABAR KEMBALI OLEH TUN SENDIRI.....kami rakyat biasa yang menyokong UMNO selama ni tidak akan teragak2 menyokong tun....WALAUUUUPUN TUN SUDAH BERUMUR DAN KAAMI TIDAK KESAH ...maka mestinya selepas itu pembodek PM pastinya akan berpaling tadah menokong TUN bila najib tiada lagi kuasa.....NASIHAT KAMI SEBAGAI RAKYAT YANG TIADA KEPENTINGAN HENTIKAN PROVOKASI DIDALAM BULETIN UTAMA....JIKA TIDAK PASTINYA KAMI SEMAKIN HARI SEMAKIN MEMBENCI NAJIB...DIKEDAI KOPI DISELURUH NEGARA RAKYAT KINI SEDANG MENGANGKAT TUN SEBAGAI HERO ...HENTIKAN PROVOKASI PASAL TUN DBULETIN UTAMA

Anonymous said...

Aku Melayu....aku tak kisah sangat bUtama itu,sebab belakng bUtama dan media prima ada org kem pembankang,pembaca itu tak ada pilihan baca

Anonymous said...

Walau pun tak ada deal TM dgn Nuar,tapi nampak macam TM dah pun buat kerja Nuar.Beruntunglah Nuar walau pun masuk penjara tapi ada balaci buat kerja dia kat luar.Kalau ikut kata Zul Nordin,Nuar suruh dia kaitkan Altantunya dgn Najib,so kan ke TM pun buat kerja tu sekarang?.

Anonymous said...

kasihan kepada penulis dan tuan punya blog kerana minda anda menulis dan menyiarkan cerita ini. moga Allah merahmati, memberi hidayah serta memberkati saudara.

hangkedee said...

Islam itu bersaudara.cubit paha kiri kanan terasa.bersangka baik lah SAUDARA SAUDARA KU.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

bersangka baik lebih elok kerana menziarahi jenazah tu benda yang elok dan baik.

Anonymous said...

Ziarah menziarah x yah dipolitikkan kerana ia perkara baik.

 
 
Blogger Templates