Social Icons

Pages

Friday, October 17, 2014

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR KENAPA #TMJ SEPAK TIANG BENDERA DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!


di bawah adalah video cerita sebenar kenapa TMJ sepak tiang bendera serta temuramah khas TMJ.jom kita saksikan


Selepas tamat perlawanan,kami diperkenan untuk menemuramah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor. 

JST : Mohon ampun,Tunku.Kami telah menerima pelbagai maklumbalas daripada para penyokong berkenaan kejadian yang berlaku di bendera penjuru sebentar tadi.Adakah Tunku ingin berkongsi apa-apa berkenaan perkara tersebut? 

DYAM TMJ : Sebelum perlawanan bermula adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan sekiranya kita menang pada malam ini.Saya menjawab, aya tidak tahu,mungkin saya akan buat seperti Ibrahimovic dan menendang bendera penjuru.Itulah yang saya lakukan dan nampaknya saya mendapat lebih perhatian daripada beliau! (ketawa) 

JST : Ampun Tunku,kelihatan juga Tunku mengangkat tangan dan memandang ke atas.Apakah yang Tunku maksudkan dengan perbuatan tersebut? 

DYAM TMJ: Saya memandang ke atas sebagai tanda Allah Maha Besar dan akhirnya,Allah tetap bersama mereka yang benar.

JST : Tunku gembira dengan kemenangan ini?

DYAM TMJ : Tentu sekali,terutamanya setelah segala perkara negatif yang berlaku dalam seminggu setengah yang lepas.Tetapi kelakar bila difikirkan,sesetengah orang yang rendah pemikirannya lebih sibuk hal saya menendang bendera penjuru berbanding dengan kemenangan kita.(ketawa) Rahsia menjadi bijak adalah untuk tahu apa perkara yang patut diabaikan.Kejayaan diukur bukan dengan kedudukan seorang itu dalam hidup, tetapi melihat kepada segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.Tiada apa yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai matlamatnya, dan tiada apa yang mampu menolong orang yang bersikap negatif. Satu azam yang telah saya tetapkan adalah untuk sentiasa bangkit dari hal remeh-temeh.Kita bangkit mengatasi segala perkara negatif dan walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat kita,tetapi kita lebih dirahmati untuk dirisaukan dengan tanggapan orang lain. 

Apabila kita masih berdiri walaupun musuh cuba menjatuhkan,menunjukkan kekuatan kita yang sebenar. Kebencian daripada segelintir yang bermentaliti tak bertamadun tidak menggoyahkan semangat kita mengejar impian.Untuk mencapai impian,apa yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan menjaga urusan kita sendiri.Tak perlu merungut dan tak perlu menjelaskan apa-apa. Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya saya - Bagaimana Tunku berjaya membawa pulang Piala Liga Super ke Johor walaupun baru hanya dua tahun memegang jawatan presiden? Jawapan saya, semasa orang lain sibuk bertanggapan negatif terhadap satu sama lain, saya lebih sibuk berusaha gigih mencapai matlamat dan tidak menjaga tepi kain orang. Mungkin nama kita sangat manis, sebab itulah ianya sentiasa menjadi buah mulut orang. Seperti yang selalu saya katakan... setelah meredah ribut, nikmatilah sinaran mentari.


JANGAN MAIN-MAIN !!!

SAYA PUN ORANG JOHOR TAU !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

9 comments:

Anonymous said...

the state of johore.

southern lion ulu tiram said...

tahniah pada jdt, jdt telah mmeriahkn dn mngejutkan smula sukan bolasepak negara yg sbelum ni teramat lah lesu dan xbermaya.

tahniah TMJ, sukan bolasepak negara teutang budi pd tuanku.

Anonymous said...

BUKAN TMJ SEPAK PEMAIN ATAU PENYOKONG TERANGGANU UNTUK MERAIKAN KEMENANGAN JDT SEMALAM , TMJ HANYA SEPAK BENDERA KAT PENJURU PUN JADI CERITA

APA DAH TAK ADA BENDA LAIN KE YANG HENDAK DIBUAT BERITA.....

SEMEMANGNYA BODOH TAHAP BANGANG PUNYA MEDIA MASA.......

JANGAN LE NAK CEMBURU KAT JDT TERUTAMA NYA PENGULAS SUKAN KAT ASTRO ARENA 801.. KALAU NAK JADI PENGULAS JADI LE YANG PRO .......

Anonymous said...

BUKAN TMJ SEPAK PEMAIN ATAU PENYOKONG TERANGGANU UNTUK MERAIKAN KEMENANGAN JDT SEMALAM , TMJ HANYA SEPAK BENDERA KAT PENJURU PUN JADI CERITA

APA DAH TAK ADA BENDA LAIN KE YANG HENDAK DIBUAT BERITA.....

SEMEMANGNYA BODOH TAHAP BANGANG PUNYA MEDIA MASA.......

JANGAN LE NAK CEMBURU KAT JDT TERUTAMA NYA PENGULAS SUKAN KAT ASTRO ARENA 801.. KALAU NAK JADI PENGULAS JADI LE YANG PRO .......

Anonymous said...

Lepas ni JDT pergi tempat lain confirm hanya 100 tiket je diaorang bagi..

Anonymous said...

Anony October 17, 2014 at 9:43 PM, kalau tak tau hujung pangkal cerita jangan nak komen. Nanti jadi fitnah. Tak takut fitnah anda ni terpampang sampai bila-bila? setiap saat tulisan anda dibaca setiap saat jugalah anda tuai 'hasilnya'!

Anonymous said...

Semangat kesukanan kenalah ada..anom 9.43 bukan fitnah dah satu Malaysia tahu..jgn la syok sendiri

Anonymous said...

Di jb ni ramai orang tgnu beribu ribu berkerja Kat sini.beli je tikit..Dan sokong tgnu.tapi orang johor tak ramai kat tgnu sebab tu johor bagi 300 je..harap semua dapat berfikiran terbuka....

Anonymous said...

Perbuatan meyepak Bendera menunjukan sifat buruk pelakunya, tidak kira tahap manapun pangkat pelakunya. Bodoh dan kebudak budakan. Tiada sifat hormat dalam diri kepada penonton dan orang lain.

 
 
Blogger Templates